Jawatan Kosong di Institut Pendidikan Neo (iNED)
Jawatan Kosong Terkini di Institut Pendidikan Neo (iNED). Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
MAKLUMAT PERMOHONAN
JAWATAN :
1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara memohon
- Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat melalui Borang Jawatan Pentadbiran yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan borang ini mengikut susunan berikut:-
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah, PMR/ SRP/ /LCE, SPM/ SPMV/ MCE, Sijil Politeknik, STPM
- Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD
- Surat pengesahan dari majikan atau surat tawaran / berhenti berkhidmat
- Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang berkenaan
Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-
BAHAGIAN PENTADBIRAN & KUALITI
INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)
ARAS 2, UiTM-MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
NO. Tel.: 03 5544 8332/ 8335/ 8336
0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Pendidikan Neo (iNED)"
Post a Comment