Jawatan Kosong Terkini SUK Negeri Perlis - Tetap/Kontrak

Jawatan Kosong Terkini di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri PerlisPermohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:-

jawatan kosong kerajaan negeri perlis

MAKLUMAT PERMOHONAN

JAWATAN : 
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Syarat asas permohonan jawatan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


Cara memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan semua salinan sijil hendaklah diakui sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
01000, KANGAR, PERLIS

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Januari 2019

1 comment... add one now

Unknown Unknown December 25, 2018
Salam sejahtera , saya nak tanya yg seblom membuat permohonan kena login/register maklumat gn lengkap tu cmna eh ?? kena register online dulu ke ?