Cara Mohon Bantuan MySalam RM700
Tahukah anda, MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan yang bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak untuk menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah Mysalam.
MySalam ditubuhkan sebagai sebuah skim perlindungan kesihatan sosial yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalamai masalah seperti pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal.
KELAYAKAN PERMOHONAN MYSALAM
Jenis Individu Yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
- Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Tebus MySalam Semasa Kuarantin Covid-19
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Layari www.mysalam.com.my
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
- Seterusnya, klik pada pautan "Semak"
- Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak
CARA PERTAMA
- Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
- Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
- Sila kemaskini profile anda.
- Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
- Klik hantar.
- Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.
CARA KEDUA
- Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
- Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
- Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
- Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
0 Response to "Cara Mohon Bantuan MySalam RM700"
Post a Comment