Permohonan Rumah & Semakan Status Permohonan Skim Rumah Transit RM250 Sebulan
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
KADAR DAN TEMPOH SEWAAN
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
SYARAT KELAYAKKAN
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Pemohon telah berkahwin
- Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pemohon pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 500 kaki persegi
- 2 atau 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Ruang tamu
- Ruang dapur
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
- Dewan Serbaguna
- Ruang taska
- Kedai / gerai
- Pejabat pengurusan
- Tempat letak kereta
- Tempat letak motosikal
- Pagar kawasan
- Kawalan keselematan
- Surau
- Lif
- Landksap
- Layari laman web https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Daftar maklumat anda dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail.
- Selepas memaksukkan maklumat, anda perlu login di portal SPRN
- Pilih Skim mengikut kelayakan anda
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih
- Pilih Projek (Rumah Transit)
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta
- Buat pengesahan dan hantar permohonan anda
MAKLUMAT LANJUT
Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan
03-8891 4052 / 4061 / 4400
Melalui e-mail
Pertanyaan Skim Rumah Transit rt1m@kpkt.gov.my
Masalah Aplikasi teduh teduh@kpkt.gov.my
0 Response to "Permohonan Rumah & Semakan Status Permohonan Skim Rumah Transit RM250 Sebulan"
Post a Comment