Jawatan Kosong MARA | Tarikh Tutup 26 September 2021
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Lokasi Kekosongan : Kuala Lumpur
- Kelayakan :Diploma & Ijazah
- Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2021 (Ahad)
Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan sebagaimana berikut :-
- Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29
- Penolong Jurutera Gred JA29
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
0 Response to "Jawatan Kosong MARA | Tarikh Tutup 26 September 2021"
Post a Comment