Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Lokasi Kekosongan : Negeri Kedah Darul Aman
- Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
- Tarikh Tutup Permohonan : 23 Februari 2022
Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan sebagaimana berikut :-
- Pustakawan Gred S41
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Pegawai Kewangan Gred W48
- Pereka Gred B41
- Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Pembantu Pustakawan Gred S19
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Pembantu Kemahiran Gred H19
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)"
Post a Comment