STR Fasa 4 : Jumlah & Tarikh Mula Dibayar

 Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah STR? Ianya adalah bantuan tunai untuk B40 yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia, BPR, BSH dan BR1M.

STR Fasa 4 merupakan pembayaran terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2023.

str fasa 4

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Setiap Kategori

Jika anda merupakan penerima STR Fasa 1, 2 dan 3, anda akan menerima bayaran seperti berikut:

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4


Sementara itu, bagi yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 dan 2, anda akan menerima bayaran STR Fasa 4 dengan jumlah berikut:


Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

1) Klik log masuk MySTR
2) Masukkan nombor Mykad pemohon
3) Pengesahan kata kunci keselamatan
4) Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
5) Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
6) Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.



Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
  • Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR LHDNM 
  • Hotline STR MoF 
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

0 Response to "STR Fasa 4 : Jumlah & Tarikh Mula Dibayar"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel